欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Daripada Lawatan Kepada Pengembaraan: Guilin Jadi Bandar Pelancong Bertaraf Dunia

Foto ini memaparkan ‘kesesakan lalu lintas’ sebentar di dinding batuan yang menyaksikan pemanjat sedang menunggu giliran masing-masing dalam sebuah aktiviti luar bilik yang berpangkalan di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Foto ini memaparkan ‘kesesakan lalu lintas’ sebentar di dinding batuan yang menyaksikan pemanjat sedang menunggu giliran masing-masing dalam sebuah aktiviti luar bilik yang berpangkalan di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

“Sila bertahan sebentar, terdapat sedikit kesesakan lalu lintas di dinding tebing,” jerit seorang jurulatih aktiviti memanjat di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China.

Apabila dia membantu seorang pelancong berumur 8 tahun iaitu Xiao Yezi (nama panggilan) untuk memakai peralatan keselamatan, jurulatih yang dikenali sebagai Amu dalam kalangan rakan-rakan dan pelancong dilihat dengan sabar menjelaskan tentang penggunaan alat keselamatan.

Pada masa sama, dia turut menenangkan pelancong yang bertanyakan tentang ‘keadaan kesesakan’ pada fasiliti memanjat batu tersebut yang dikenali sebagai Feilada.

Meskipun cuaca panas terik dek sinaran matahari ketika wakut tengah hari, namun ia tidak menjadi penghalang kepada pelancong yang bersemangat untuk mencuba laluan tebing tinggi yang penuh mencuba dan popular itu.

Foto memperlihatkan fasiliti memanjat batu yang dinamakan Feilada, sebuah aktiviti luar bilik yang berpangkalan di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Foto memperlihatkan fasiliti memanjat batu yang dinamakan Feilada, sebuah aktiviti luar bilik yang berpangkalan di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Sejak bermulanya percutian musim panas di serata China baru-baru ini, Guilin turut sama memasuki musim kemuncak pelancongan. Pada tahun ini, bandar itu menawarkan lebih daripada landskap kars ikoniknya, tetapi juga aktiviti luar bilik dan pelancongan pengembaraan yang menjadi pilihan hangat bagi pelawat dari serata negara.

Feilada, satu transliterasi daripada terma Italia ‘via ferrata’, yang merujuk kepada sistem memanjat diperbuat daripada tangga logam, susur tangan dan kabel keselamatan yang dipasang pada permukaan batu, sekali gus membolehkan pemanjat yang baru mula belajar untuk merasai pengalaman memanjat secara menegak dengan selamat dan penuh yakin.

Aktiviti luar bilik yang popular di serata dunia itu telah merasai kehangatannya di China pada tahun-tahun mutakhir ini, khususnya dalam kalangan golongan muda. Dengan bantuan pempengaruh dan media sosial, Yangshuo telah menjadi nama yang tidak asing bagi peminat aktiviti tersebut.

Malah, Xiao Yezi dan keluarganya semata-mata mengembara dari Shenzhen di Provinsi Guandong, selatan China, hanya untuk melakukan aktiviti tersebut.

Foto menunjukkan pemandangan nan indah di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Foto menunjukkan pemandangan nan indah di kampung Longcun, kaunti Yangshuo, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Ibu saudaranya memimpin aktiviti itu dengan membawa dua anak, manakala ibunya tinggal di bawah untuk merakam setiap momen yang indah.

“Saya mahu anak saya untuk mempunyai keberanian menerusi penerokaan aktiviti luar bilik. Ia membantu mereka untuk membesar dengan lebih kental apabila menghadapi cabaran masa depan,” ujar ibu kepada Xiao Yezi.

Pengembara muda tersebut mengharungi tali yang ketat, jambatan kecil, tangga dan luncur keluang, merentasi atas hutan, sungai dan sawah.

“Ia sangat menakjubkan!” ujarnya, sambil turut berkongsi bahawa dia sedikit takut ketika tali itu berayun, dan berjaya melupakan ketakutan tersebut apabila mula fokus semula.

Kata kanak-kanak perempuan itu lagi, pemandangan dari atas juga malah sangat indah.

“Ramai yang tidak sedar bahawa Yangshuo dilihat sebagai ‘tanah suci’ bagi pemanjat,” ujar seorang petugas di biro kebudayaan, radio, televisyen, sukan dan pelancongan Yangshuo, sambil memberitahu bahawa ia bukan sahaja tempat lahirnya aktiviti panjat batu di China, tetapi juga lokasi standard kebangsaan China bagi tapak memanjat luar bilik yang dibangunkan pada tahun lalu.

“Pengenalan Feilada telah menjadikan sukan itu semakin mudah diakses untuk lebih ramai orang,” kata pegawai itu lagi.

Faktor Yangshuo berjaya menjadi pendahulu dalam trend tersebut adalah terdapatnya elemen gunung dan sungai.

Bentuk muka bumi karsnya yang unik menampilkan puncak kars yang padat, sungai yang jernih, berliku-liku, dan gua bawah tanah yang menakjubkan, sekali gus membentuk landskap tiga dimensi yang terang yang berubah dengan setiap langkah.

Hari ini, Yangshuo bukan sahaja destinasi yang indah, tetapi juga hab utama untuk sukan luar. Kaunti tersebut kini mempunyai lebih 60 kawasan memanjat terbuka dan lebih daripada 1,200 laluan memanjat, yang menarik lebih 100,000 pelawat dan peminat aktiviti itu pada setiap tahun.

Foto memaparkan kafe di tepi tebing tinggi yang dibina di gunung di Kawasan Pemandangan Bajiaozhai, kaunti Ziyuan, bandar Guilin di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Foto memaparkan kafe di tepi tebing tinggi yang dibina di gunung di Kawasan Pemandangan Bajiaozhai, kaunti Ziyuan, bandar Guilin di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Amu, jurulatih sukan itu, merupakan salah seorang daripada mereka yang menemui kehidupan baharu di Yangshuo. Dia yang berumur awal 30-an, telah meninggalkan karier di bandar untuk tinggal di gunung. Dia bekerja di pangkalan aktiviti luar bilik itu sambil membangunkan laluan memanjat yang baharu.

Walaupun telah berlaith berulang kali dan penat, percubaan yang berjaya memberikannya rasa berjaya yang tiada tolok banding.

“Memanjat meletakkan saya dalam keadaan yang fokus sepenuhnya, dengan arah tujuan yang jelas. Dikelilingi oleh pemandangan Yangshuo yang menakjubkan di samping udara yang segar, diri saya rasa semakin baik dan tenang,” jelasnya.

Platform media sosial China dibanjiri dengan cerita-cerita yang seumpama. Hari demi hari, lebih ramai golongan muda yang meluangkan masa hujung minggu atau hari cuti dengan aktiviti seperti mendaki, berbasikal, jelajah gua atau memanjat, yang secara langsung mengubah daripada aktiviti lawatan bersiar-siar tradisional kepada pengalaman yang aktif dan penuh mengujakan.

“Mengembangkan pelancongan luar bilik dan mempelbagaikan produk pelancongan, bentuk perniagaan dan tetapan adalah kunci kepada transformasi industri pelancongan Guilin,” ujar Zhang Xiaolin, dekan Fakulti Sukan Luar Bilik di Universiti Pelancongan Guilin

Pada ketika ini, Guilin sedang melalui fasa transformasi utama dalam industri pelancongannya.

Perancangan bandar itu untuk menjadi bandar pelancongan bertaraf dunia, yang memerlukan penyepaduan pelancongan-kebudayaan yang lebih dalam serta penggunaan yang berkualiti tinggi, telah diluluskan oleh kerajaan pusat China semasa tempoh Rancangan Lima Tahun China ke-14 (2021-2025).

Giat berusaha untuk mencapai visi tersebut, Guilin pada tahun ini mengeluarkan pelan untuk pembaharuan pelancongan budaya, dengan menyasarkan untuk mempromosi imej bandar yang lebih antarabangsa dan muda, sambil membangunkan senario pelancongan dan bentuk perniagaan yang baharu.

Kawasan pemandangan di sekitar bandar itu telah memberi respons terhadap galakan oleh kerajaan setempat, dengan melancarkan pengalaman pelancongan yang menarik dan inovatif.

Pelancong mengambil gambar cahaya matahari dengan kesan Tyndall di gua kars di tempat peranginan pelancong Gunung Jinzhong, yang terletak di kaunti Yongfu, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Pelancong mengambil gambar cahaya matahari dengan kesan Tyndall di gua kars di tempat peranginan pelancong Gunung Jinzhong, yang terletak di kaunti Yongfu, bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Di Kawasan Pemandangan Bajiaozhai di kaunti Ziyuan, tebing-tebing menampilkan serba-serbi termasuk tapak khemah untuk melihat bintang, kafe, bar karaoke, dan kemudahan untuk menonton wayang.

Di tempat peranginan pelancong Gunung Jinzhong di kaunti Yongfu, Guilin, ‘jendela langit’ kars telah menjadi satu trend. Para pelancong menunggu pancaran sempurna ‘sinaran Tyndall’ untuk mengambil foto impian masing-masing.

“Dengan permintaan yang semakin meningkat daripada pengembara muda, anugerah semula jadi Guilin memberikan kelebihan yang unik,” kata Wu Lin, profesor pengurusan pelancongan di Universiti Pelancongan Guilin.

Video

Berita Berkaitan