- Lain-lain
Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab Lebih Erat - PM Li Qiang
China ingin merapatkan hubungan persahabatan dengan Liga Arab, serta meningkatkan kesalingpercayaan strategik dan mempergiat kerjasama dengan negara-negara Arab.
Pada masa sama, China akan berganding tangan dengan negara-negara Arab untuk mempromosi modenisasi demi membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang bertaraf lebih tinggi.
Perdana Menteri China, Li Qiang berujar demikian ketika bertemu dengan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit di Kaherah, pada Rabu.
Li berkata, hubungan antara China dan Liga Arab kini berada pada tempoh yang paling baik dalam sejarah. China sentiasa memandang dan mengembangkan hubungan dengan negara-negara Arab dari perspektif strategik, dan dengan teguh menyokong usaha negara-negara Arab untuk mencari keadilan.
Menurut Li, China bersedia memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan dengan negara-negara Arab, mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi, meluaskan kerjasama dalam bidang tenaga, ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pembiayaan, aeroangkasa dan sebagainya, di samping meneroka potensi kerjasama dalam sektor-sektor baharu seperti tenaga baharu, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, dan ekonomi biru.
China bersedia memperkukuh komunikasi dan penyelarasan dengan negara-negara Arab di pelbagai platform antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan Kumpulan 20 (G20) demi mendorong pembentukan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama, kata Li.
Gheit pula menyatakan pihaknya menyokong prinsip satu China, bersedia memperkasakan kesalingpercayaan politik dengan China, sementara meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan sosiobudaya di bawah kerangka Forum Kerjasama China-Arab.
Liga Arab bersedia bersama China melaksanakan hasil Sidang Kemuncak China-Arab pertama, dan menjayakan sidang kemuncak edisi kedua pada tahun depan, kata Gheit.
- China Sedia Rapatkan Kerjasama dengan Arab Saudi, Kata PM Li Qiang
- China, Arab Saudi Saksikan Lonjakan Besar dalam Kerjasama - PM Li
- Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE
- Arab Saudi Menjadi Destinasi Pelancongan Berkumpulan China
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China Sedia Rapatkan Hubungan dengan Negara Arab
- Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE
- Pemimpin Negara Bahrain, Mesir, Tunisia, UAE Akan Lawat China