欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tinjauan CGTN: Pertukaran dan Saling Belajar Antara Tamadun, Penggerak Pacu Kemajuan Manusia

(CRI)Khamis 10 Julai 2025

Keputusan tinjauan yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan responden berpendapat bahawa pertukaran dan saling belajar antara tamadun adalah penggerak penting bagi mendorong kemajuan tamadun manusia dan mempromosikan pembangunan dan kedamaian di dunia.

Sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global diadakan, CGTN bersama-sama Universiti Renmin China (RUC) melancarkan satu tinjauan pendapat umum mengenai peranan yang dimainkan pertukaran dan saling belajar antara tamadun, diiku ti lebih 120,000 responden dari 41 negara.

Sebanyak 90.8 peratus responden menyokong prinsip menghormati kepelbagaian tamadun sebagai asas penting dalam hubungan antarabangsa, manakala 90.2 peratus responden percaya penyelesaian cabaran global memerlukan usaha sama semua negara, sedangkan tiada mana-mana negara dapat berbaik secara bersendirian.

Selain itu, 88.2 peratus responden berpendapat semua negara mempunyai hak untuk memilih jalan pembangunan dan sistem sosial yang sesuai dengan keadaan sendiri.

Hasil tinjauan itu mendapati 89.8 peratus responden menganggap pertukaran antara budaya berbeza telah menyumbang kepada kemajuan bersama seluruh umat manusia. Sementara itu, 85.9 peratus berpendapat praktik pemodenan di pelbagai negara telah memperkayakan kepelbagaian tamadun manusia, manakala 89.4 peratus responden bersetuju pertukaran rakyat dengan rakyat membantu untuk meningkatkan persefahaman sesama rakyat di pelbagai negara.

Dalam pada itu, sebanyak 81.6 peratus responden menganggap pengaruh budaya China sedang meningkat pesat di pentas dunia.

Video

Berita Berkaitan