- Lain-lain
Enjin Turboaci Kelas Awam 1,000 kW China Peroleh Lesen Pengeluaran
Imej enjin AES100. (Foto ihsan Perbadanan Enjin Aero China)
China berjaya mencapai penanda aras yang signifikan dalam teknologi pendorongan penerbangan.
Menurut Perbadanan Enjin Aero China (AECC), enjin AES100 telah secara rasminya memperoleh lesen pengeluarannya dan menerima kontrak jualan pertamanya, sekali gus menandakan satu peralihan dari reka bentuk dan pembangunan kepada pengeluaran besar-besaran.
Enjin penerbangan kini dianggap sebagai ‘jantung’ kepada sesebuah pesawat. AES100 mewakili enjin turboaci kelas awam termaju 1,000 kW pertama yang dibangunkan secara kendiri oleh China, dengan mematuhi piawaian kelayakan terbang antarabangsa secara sepenuhnya.
Ia telah membuat penemuan baharu dalam lebih daripada 200 teknologi utama dan mendapat kelulusan untuk pengeluaran yang stabil dan berskala, secara tidak langsung meletakkan asas kukuh buat kemasukan pasaran dan usaha untuk mempercepat pembangunan peralatan penerbangan beraltitud rendah.
Difahamkan, enjin tersebut telah mencapai taraf keselamatan yang tinggi, jimat kos, dan mempunyai kemampuan untuk mengadaptasi dengan alam sekitar yang sangat luas. Ia boleh digunakan dalam helikopter enjin berkembar sehingga 5 ke 6 tan, dan helikopter satu enjin hingga 3 ke 4 tan, serta pesawat pemutar condong dan beberapa kenderaan udara yang lain, selain mampu melaksanakan misi seperti menghantar, persiaran, pengawasan dan operasi penyelamatan.
Li Gaiqi, ketua pereka enjin AES100 berkata bahawa dengan memperolehi lesen pengeluaran tersebut, ia turut menandakan keupayaan China dalam membangunkan dan mengeluarkan enjin turboaci kelas awam termaju secara kendiri.
Menurut beliau, China telah mewujudkan rantaian bekalan dan perindustrian lengkap untuk enjin tersebut, yang juga penting untuk pengaplikasian berskala besar, memajukan ekonomi beraltitud rendah, dan menyokong pembangunan industri penerbangan awam.
Pada 5 Jun, AECC menandatangani kontrak jualan dan sewaan dengan pembuat dron United Aircraft yang berpangkalan di Shenzhen, dengan penghantaran dirancang sebelum akhir tahun depan.
Enjin AES100 akan digunakan untuk menerbangkan Lanying R6000, model pesawat pemutar condong tanpa pemandu 6-metrik tan yang direka untuk pengangkutan kargo.
- Pesawat Amfibia Kunlong AG600 Masuk Fasa Pengeluaran Besar-Besaran
- CAAC Beri Sijil Kelulusan Pesawat Amfibia Bersaiz Besar AG600
- Ciri Khas Termaju Bantu C909 Terbang Lebih Tinggi
- Pesawat Buatan China Terima Tempahan Menggalakkan
- Jet Pejuang Halimunan J-35A akan Buat Debut di Airshow China
- Pesawat Berunsurkan AWG yang Pertama Mula Beroperasi
- Lihat Sepintas Rel Buatan China di Hanoi
- Pesawat Pemadam Kebakaran Diselidik China Diserahkan kepada Pelanggan
- Airbus A320 Buatan China yang ke-700 Diserah kepada Pelanggan