欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Visi 6G China Tempa Satu Era Kecerdasan Universal

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Julai 2025

Nota: Artikel ini adalah berdasarkan wawancara Peope’s Daily dengan Liu Guangyi, ketua pakar di China Mobile dan ketua saintis di kerjasama Institut Inovasi dan Aplikasi Ubiquitous-X ZGC.

Semasa Maraton Nanjing 2024, Purple Mountain Laboratories menggunakan dron keselamatan 6G untuk pengawasan video masa nyata. (Foto dari akaun rasmi WeChat Angmobile)

Semasa Maraton Nanjing 2024, Purple Mountain Laboratories menggunakan dron keselamatan 6G untuk pengawasan video masa nyata. (Foto dari akaun rasmi WeChat Angmobile)

Pada awal tahun ini, industri telekomunikasi global telah menyaksikan satu momen penting, iaitu permulaan kepada ‘era pemiawaian 6G’. Badan-badan piawaian antarabangsa dijangka untuk memperjelasnya menjelang 2029, dengan percubaan komersial awal dirancang untuk digunakan sekitar 2030.

Tatkala 5G sudah menyediakan keupayaan yang menakjubkan seperti kelajuan ultra tinggi, kependaman yang minimum dan ketersambungan yang dahsyat, 6G pula menjanjikan satu lonjakan kuantum. Ia menyasarkan kadar penghantaran melebihi 100 gigabit per saat, sambil mengurangkan kependaman kurang daripada 1 milisaat, yang disifatkan penting bagi pengaplikasian masa nyata termasuk robot kilang pintar dan pengoperasian peralatan jarak jauh.

Dari sudut ketersambungan pula, 6G akan menyepadukan secara eksponen lebih banyak peranti, khususnya dalam sistem Internet Kebendaan (IoT) yang sofistikated, terminal pintar, penderia bioperubatan, sekali gus menyediakan asas buat dunia yang saling tersambung dan sangat pintar.

6G mengatasi lebih daripada sekadar penambahbaikan kelajuan. Potensi revolusionernya bertunas daripada tiga dimensi yang disepadukan.

Pertamanya adalah penyepaduan menderia komunikasi, iaitu apabila signal komunikasi bukan sahaja menghantar data, tetapi juga memahami suasana fizikal. Keduanya adalah sintesis daratan dan bukan daratan, dengan jaringan yang disatukan merangkumi darat, udara, bawah tanah dan di dalam air untuk liputan yang merata. Ketiganya adalah penumpuan kecerdasan komunikasi, dengan kecerdasan pengiraan terbenam di dalam reka bentuk jaringan.

Kesemua kemajuan tersebut akan mengubah 6G dari sebuah medium komunikasi kepada sebuah jaringan maklumat bergerak generasi seterusnya yang komprehensif.

Sekitar tapak penerbangan ujian penentusahan konsep 6G, yang dibangunkan secara bersama oleh pusat peralihan teknologi sebuah universiti kebangsaan untuk komunikasi dan maklumat di Provinsi Jiangsu di timur China dan juga Purple Mountain Laboratories. (Foto ihsan pusat media daerah Jiangning, Nanjing, Provinsi Jiangsu)

Sekitar tapak penerbangan ujian penentusahan konsep 6G, yang dibangunkan secara bersama oleh pusat peralihan teknologi sebuah universiti kebangsaan untuk komunikasi dan maklumat di Provinsi Jiangsu di timur China dan juga Purple Mountain Laboratories. (Foto ihsan pusat media daerah Jiangning, Nanjing, Provinsi Jiangsu)

Setakat Jun 2024, China mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam permohonan paten berkaitan 6G di serata dunia. Berkaitan dengan penyelidikan utama, ‘tiga segi yang mustahil’ untuk dilaksanakan sejak sekian lama dalam komunikasi tanpa wayar – mengimbangi kependaman – kebolehpercayaan, dan truput – akhirnya berjaya telah menyaksikan kemajuan.

Kini, para penyelidik di Purple Mountain Laboratories China telah menerajui pengekodan saluran dua dimensi ruang-masa, iaitu satu penemuan baharu yang membolehkan penghantaran 6G secara hampir serta merta dan ultra boleh dipercayai.

Pencapaian kejuruteraan mengukuhkan lagi momentum tersebut. Julai lalu, Ahli Akademik Zhang Ping dari Akademi Kejuruteraan China melancarkan rangkaian ujian lapangan pertama di dunia untuk komunikasi 6G dan penyepaduan pintar.

Penyedia khidmat telekomunikasi China iaitu China Mobile, dengan kerjasama Institut Inovasi dan Aplikasi Ubiquitous-X ZGC, membangunkan sistem prototaip 6G awan semula jadi, sekali gus mencapai kadar pengguna tunggal melebihi 8 gigabit per saat dan mengesahkan lebih daripada 10 teknologi 6G novel melalui rangkaian sepuluh tapak. Pada Februari 2023, China turut melancarkan satelit pertama di dunia untuk menguji seni bina 6G di angkasa lepas.

Peningkatan serentak teknologi AI, robotik dan ekonomi altitud rendah, di samping transformasi pintar pembuatan dilihat telah mendorong kemajuan 6G. Diperkasakan oleh kemajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam penderiaan, pengkomputeran, data raya dan integrasi AI, 6G dijangka menerokai aplikasi transformatif.

Perhatikan sejenak terhadap dron altitud rendah. Dengan adanya rangkaian 6G masa hadapan, ia dijangka boleh melengkapkannya dengan persepsi alam sekitar masa nyata dan keupayaan pengkomputeran teragih, mengoptimumkan reka bentuk dan memanjangkan masa penerbangan.

Begitu juga robot AI yang terkandung yang mampu memuatkan tugas intensif pengiraan ke stesen pangkalan 6G berdekatan, menghasilkan unit yang lebih ringan, lebih tahan lama dan kos efektif, membuka jalan kepada penggunaan besar-besaran merentas industri.

Kedua-dua tersebut secara tidak langsung menandakan perbezaan asas 6G, iaitu ia bukan sahaja peningkatan tambahan daripada 5G, tetapi menjadi tonggak teknologi teras yang bersedia untuk membentuk semula keseluruhan ekosistem perindustrian.

Dalam bidang penghantaran, 6G mampu mendorong pembinaan bandar pintar dan sistem penghantaran yang tersambung sepenuhnya, dengan selanjar menghubungkan kenderaan, infrastruktur dan pejalan kaki di sekitar. Sistem integrasi seperti itu mampu membolehkan pengurusan trafik yang benar-benar pintar dan menjadikan pemanduan autonomi satu realiti.

Di China, projek perintis berdasarkan prinsip-prinsip tersebut telah dimulakan di beberapa bandar.

Bagaimanapun, secara globalnya, persepsi terhadap trajektori 6G masih tidak senada, yang mencerminkan perbezaan dalam insfrastruktur teknologi dan keutamaan pembangunan. Perbincangan teknikal perlu berkembang jauh daripada metrik mudah seperti puncak kelajuan dan pengurangan kependaman kerana potensi sebenar 6G terletak pada inovasi rentas bidang.

Secara strategiknya, ia tidak boleh dilihat menerusi lensa satu industri, tetapi sebagai pemboleh asas untuk transformasi pintar dan digital di semua sektor.

Video

Berita Berkaitan