欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Peneraju Dwibahasa Jelajah Hengdian, Selami Pesona Dinasti Song

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 Julai 2025

Satu rombongan peneraju dwibahasa dari serata dunia telah melawat Kota Filem dan Televisyen Hengdian di provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Di kawasan bertemakan karya agung “Along the River During the Qingming Festival”, mereka dibawa kembali ke daerah Jiangnan pada zaman Dinasti Song utara. Menapak mengikut jalan dan jambatan purba, melihat percikan bunga api dari celah-celah pavilion bertanggam... mereka mengabadikan pesona purba unik yang berjaya dihidupkan semula oleh “Hollywood China” ini menerusi lensa kamera masing-masing.

Dalam tempoh lawatan tersebut, para peneraju bersama-sama penghibur jalanan mendendangkan lagu-lagu dari pelbagai negara, melakonkan babak jual beli yang dipaparkan dalam lukisan bersejarah itu, bahkan berkesempatan membuat penggambaran babak bersalji memakai kostum drama.

Interaksi yang mengasyikkan ini bukan sahaja mencipta suasana yang immersive, tetapi juga menggalakkan saling belajar antara peradaban dengan latar yang hidup, yang turut merancakkan lagi dialog silang budaya.

Video

Berita Berkaitan