欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Krisis Ukraine: China Sedia Terus Main Peranan Konstruktif

(CRI)Isnin 27 Februari 2023
Krisis Ukraine: China Sedia Terus Main Peranan Konstruktif

China sentiasa berpegang kepada pendirian objektif dan adil, dan bersedia terus memainkan peranan bertanggungjawab dan konstruktif bagi meredakan situasi dan menyelesaikan krisis Ukraine.

Demikian dinyatakan kuasa usaha sementara misi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing ketika berucap dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Ukraine pada Jumaat.

Dai berkata, China telah mengemukakan dokumen mengenai pendiriannya berhubung penyelesaian krisis Ukraine secara politik.

Tegas beliau, undang-undang antarabangsa termasuk Piagam PBB mesti dipatuhi ketika menangani pertikaian antarabangsa, dan kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara perlu dijamin sepenuhnya.

Menurut beliau, penyelesaian masalah Ukraine secara politik perlu bersasar kepada keselamatan bersama. Dalam pada itu, keselamatan tidak boleh dinikmati oleh sesetengah negara tertentu secara eksklusif. Amalan memperkukuh dan memperluas blok ketenteraan hanya akan menjejaskan keselamatan serantau.

Mentaliti Perang Dingin dan perlawanan sesama blok perlu ditolak, dan kerangka keselamatan serantau yang seimbang, efektif dan mampan hendaklah ditubuhkan demi mewujudkan keselamatan berkekalan Eropah, katanya.

Tambah beliau, tiada pemenang daripada konflik, dialog dan perundingan merupakan jalan tunggal bagi menyelesaikan krisis.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan