欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Tinjau Tentera Udara Kawasan Medan Barat

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Menjelang ulang tahun tertubuhnya Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang jatuh pada 1 Ogos, Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan ke tentera udara di Kawasan Medan Barat pada 26 Julai lalu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), mewakili Jawatankuasa Pusat PKC dan CMC menyampaikan mogaan baik kepada semua pegawai dan askar tentera udara di Kawasan Medan Barat, serta menzahirkan ucapan selamat hari tentera China kepada seluruh anggota PLA, Angkatan Polis Bersenjata Rakyat China, pegawai awam yang berkhidmat di tentera, pasukan militia, dan angkatan simpanan.

Beliau menegaskan pentingnya untuk menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, mempraktikkan fikiran menguatkan tentera pada era baharu, melaksanakan strategi ketenteraan pada era baharu, mempercepat pembinaan pemodenan angkatan tentera, serta komited menyelesaikan pelbagai misi yang diamanahkan oleh Parti dan rakyat.

Xi turut mahu usaha dipercepat untuk meningkatkan daya bertempur dengan kelengkapan dan kekuatan baharu, yang dapat diintegrasikan ke dalam sistem pertempuran secara berkesan.

Berita Berkaitan