欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Kemboja

(CRI)Khamis 09 November 2023

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Raja Kemboja Norodom Sihamoni sempena ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara itu pada Khamis.

Xi berkata rakyat Kemboja mengekalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri dan melakar kejayaan baharu dalam pembangunan negara pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai negara jiran bersahabat tradisional, China akan terus menyokong teguh Kemboja dalam memelihara kestabilan, memacu pembangunan dan menambah baik kehidupan rakyat.

Beliau turut menzahirkan hasrat mahu bersama Raja Sihamoni memperkasa panduan strategik untuk hubungan bilateral dan membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja yang berkualiti, bertaraf dan berstandard tinggi pada era baharu.

Pada hari sama, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) turut mengutus kawat tahniah kepada Presiden Parti Rakyat Kemboja (CPP) Samdech Techo Hun Sen.

Video

Berita Berkaitan