欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Filipina Digesa Hentikan Tindakan Provokatif di Laut

(CRI)Selasa 12 Disember 2023

Terumbu Ren'ai ialah sebahagian kepulauan Nansha China. China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Nansha dan perairan di sekitarnya.

Beberapa kejadian yang berlaku di Terumbu Ren'ai dalam masa terdekat adalah tanggungjawab pihak Filipina.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Isnin.

Menurut laporan, Filipina menghantar kapal menceroboh masuk ke perairan Terumbu Ren'ai, cuba menghantar bahan binaan kepada kapal perang yang 'terkandas' di terumbu itu, namun dihalang oleh Pengawal Pantai China (CCG) pada 10 Disember.

Mao Ning berkata, China menuntut Filipina usah menghantar bahan binaan kepada kapal perang yang terkandas terbabit, di samping menganjurkan inisiatif untuk mengawal situasi di perairan tersebut.

Walau bagaimanapun, Mao berkata, Filipina langsung mengabaikan keikhlasan, kesungguhan dan kesabaran China, melanggar komitmen sendiri, melakukan tindakan terancang dan provokatif, menggembar-gemburkan berita palsu, melanggar undang-undang antarabangsa dan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) serta menceroboh kedaulatan dan keutuhan wilayah China.

Filipina digesa menghentikan tindakan provokatif dan muslihat mengotorkan imej China, usah menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Video

Berita Berkaitan