欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin (7)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 14 Disember 2023
Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin
29 pasangan memakai pakaian tradisional Han dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan pada malam 3 Disember di Changsha, provinsi Hunan. (Foto oleh chinadaily.com.cn)

Mengenakan busana tradisional Han dan sulaman dalam gaya yang ditemui di makam Mawangdui Dinasti Han Barat (206 SM-24 Masihi), 29 pasangan berkahwin secara serentak dalam majlis yang diadakan pada malam 3 Disember di jalan pejalan kaki yang popular di Changsha, provinsi Hunan.

Upacara itu sendiri dijalankan secara tradisional, diiringi persembahan muzik dan ritual.

Masing-masing turut melakukan ucap selamat antara satu sama lain, dan mencampurkan helaian rambut mereka bersama-sama, melambangkan bahawa mereka terikat bersama sepanjang hayat.

Difahamkan, sejumlah seratus pasangan mendaftar untuk majlis itu, tetapi hanya 29 yang dipilih.

Rao Zhiqi dari Taiwan dan isterinya, Chen Qingxiang, warga Hunan, merupakan antara pasangan bertuah.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas majlis istimewa ini kerana membantu kami memahami erti dan kepentingan perkahwinan.

“Melalui perkahwinan ini, kami menjadi satu keluarga, sebagaimana Taiwan dan tanah besar China juga merupakan keluarga,” kata Rao.

Majlis itu diadakan di jalan pejalan kaki Huangxing, sebuah pusat beli-belah yang popular di Changsha dan turut menarik kehadiran ramai pengunjung.

Video

Berita Berkaitan