欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Tinjau Komuniti Berbilang Kaum di Nanning

(CRI)Selasa 19 Disember 2023

Presiden China, Xi Jinping dalam perjalanan balik negara setelah menamatkan lawatan rasminya di Vietnam baru-baru ini memilih singgah di Wilayah Autonomi Guangxi, barat daya China untuk melakukan tinjauan di peringkat akar umbi.

Komuniti Panlong di bandar Nanning merupakan destinasi pertama dalam jadual tinjauan tersebut.

Taman perumahan Panlong didiami masyarakat yang berbilang kaum yang terdiri daripada 15 etnik termasuk Han, Zhuang, Yao dan Mulao. Xi turun padang bersalaman bersama penduduk tempatan dan melihat mereka mengikuti latihan kaligrafi serta koir, kemudian meluahkan harapan agar penduduk pelbagai etnik saling membantu, dan menyemarakkan semangat kejiranan dalam suasana yang harmoni.

Sebanyak 12 etnik hidup secara turun-temurun di wilayah Guangxi. Xi mengarahkan kerajaan tempatan berusaha memupuk suasana harmoni dalam masyarakat yang berbilang etnik melalui pembinaan yang substantif, perkhidmatan yang pantas dan penganjuran aktiviti komuniti yang pelbagai. Menurut beliau, etnik mana pun tidak boleh tercecer dalam pembinaan negara sosialis yang utuh pada zaman moden ini.

Xi yang peka akan tadbir urus komuniti bandar pernah banyak kali mengadakan tinjauan di peringkat akar umbi. Setiap perincian dalam urusan komuniti, di mata Xi, berkaitan rapat dengan hidup rakyat dan patut ditangani dengan penuh teliti.

Video

Berita Berkaitan