欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL

China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL
Penerbangan MU9629 kendalian China Eastern Airlines disambut dengan tembakan hormat meriam air sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, 16 Mac 2024. China Eastern Airlines merasmikan penerbangan pertama Kunming-KL Sabtu lalu. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Penerbangan pertama antara Kunming dengan Kuala Lumpur kendalian China Eastern Airlines dirasmikan Sabtu lalu.

Penumpang penerbangan MU9629 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Kunming, barat daya China, disambut oleh Manoharan Periasamy, ketua pengarah Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Dengan adanya laluan baharu ini, wujud juga peluang besar untuk mengundang lebih banyak pelancong dari bandar-bandar peringkat kedua di China, lebih-lebih lagi sekarang ini dengan pelaksanaan dasar bebas visa untuk pelancong China datang ke Malaysia. Kerja-kerja promosi terus diperhebat untuk menonjolkan kekayaan warisan budaya Malaysia dan keramahan rakyatnya kepada salah satu pasaran terbesar kami menerusi pejabat-pejabat Tourism Malaysia di China,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Sejak dasar pengecualian visa terhadap warga China dilaksanakan Disember lalu, terdapat peningkatan ketara dalam tempahan ke Malaysia. Pada 2023, Malaysia menyambut ketibaan seramai 1.47 juta pelancong dari China, suatu lonjakan eksponen sebanyak 593.4 peratus berbanding 2022.

Laluan terbaru oleh China Eastern Airlines yang menghubungkan Kunming dan Kuala Lumpur ini beroperasi setiap hari dengan kapasiti membawa 156 penumpang.

Video

Berita Berkaitan