欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Duta Besar Malaysia Seru Industri China Manfaatkan MCS 2024

Oleh: Ahmad Syukri Azmi

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad menyampaikan ucapan perasmian Sesi Perangkaian Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) di Beijing pada Rabu. MCS 2024 dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 Disember nanti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur. (Foto ihsan Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd)

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad menyeru kepada perusahaan dan industri di China untuk memanfaatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) bagi merapatkan hubungan dengan sektor-sektor utama di Malaysia.

Menurut beliau, sidang tersebut menawarkan pelbagai peluang untuk memacu perkongsian pelaburan dan perdagangan, sekali gus maju bersama ke arah berkongsi kejayaan dan kemakmuran.

“Kedudukan Malaysia selaku pintu masuk kepada pasaran ASEAN, iaitu salah satu rantau ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, turut mampu menyediakan akses untuk China kepada pasaran lebih 650 juta orang, secara tidak langsung memberikan peluang kepada perkembangan dan pertumbuhan.

“Ekonomi Malaysia dan China turut disifatkan sebagai saling melengkapi, dengan kekuatan pembuatan China melengkapi kekuatan Malaysia dalam sektor seperti elektronik, minyak sawit dan pelancongan,” ujar Norman.

Beliau turut berpendapat bahawa, mempererat hubungan dengan Malaysia dapat membantu China terhadap pengaruh strategik dalam dinamik geopolitik.

“Dengan memupuk kerjasama ekonomi yang semakin erat, China boleh memperdalam hubungannya dengan negara-negara ASEAN, serta memperkukuh statusnya sebagai pendahulu rantau,” kata Norman ketika menyampaikan ucapan perasmian Sesi Perangkaian MCS 2024, di Beijing, pada Rabu.

MCS 2024 yang bertemakan "Prosperity Beyond 50" dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 Disember nanti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur.

Objektif MCS 2024 adalah bertujuan untuk memupuk pertumbuhan dan kemampanan melalui lima tunjang iaitu Teknologi Masa Depan, Pengetahuan dan Pengalaman Masa Depan, Mobiliti dan Ketersambungan Masa Depan, Peluang Masa Depan dan Pertumbuhan Masa Depan.

MCS 2024 menyasarkan 10,000 pelawat perdagangan dan sekurang-kurangnya 500 peserta pameran dari China, Malaysia dan negara ASEAN.

Video

Berita Berkaitan