欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Temui PM Pakistan

(CRI)Sabtu 08 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Jumaat.

Xi mengatakan bahawa hubungan perkongsiaan strategik dalam apa jua cuaca antara China dan Pakistan semakin hari semakin diperkukuh, kerana ia mempunyai asas hubungan rakyat yang kukuh, kuasa dorongan dalaman yang kuat dan masa depan yang cerah.

Beliau berkata, China bersedia meningkatkan koordinasi antara pembinaan Jalur dan Laluan (BRI) yang bermutu tinggi dengan rancangan pembangunan Pakistan, menjalinkan kerjasama dalam sektor pertanian, perlombongan dan sosial, membina bersama “l(fā)ima koridor” iaitu pertumbuhan, kesejahteraan rakyat, inovasi, hijau dan terbuka yang berpusatkan Koridor Ekonomi China-Pakistan yang dinaiktaraf, memperkasakan pembangunan bersama Koridor Ekonomi China-Pakistan yang bermutu tinggi.

Shahbaz pula mengatakan, Pakistan ialah sahabat dan rakan yang boleh dipercayai China. Prinsip satu China merupakan janji yang tetap dipertahankan oleh kerajaan Pakistan, dan Taiwan merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Beliau berkata, Pakistan akan terus menyokong dengan teguh pendirian China yang melibatkan isu kepentingan terasnya termasuk Taiwan, Xizang, Xinjiang dan Laut China Selatan.

Video

Berita Berkaitan