欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Pendahulu Kapasiti Kawasan Tadahan Karbon untuk Hutan dan Padang Rumput

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 15 Ogos 2024

Kapasiti kawasan tadahan karbon tahunan bagi hutan dan padang rumput di China direkodkan melebihi 1.2 bilion tan karbon dioksida, sekali gus menyaksikan ia berada di tangga teratas dalam carta dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Untuk rekod, China menggalas peranan penting dalam usaha global menentang perubahan iklim setelah menetapkan matlamat bercita-cita tinggi untuk mencapai puncak karbon menjelang 2030 dan peneutralan karbon menjelang 2060.

Wakil Pentadbiran Padang Rumput dan Perhutanan Negara, Guo Qingjun menyatakan bahawa pelepasan karbon China yang tidak dapat dielakkan diramalkan mencecah kira-kira 2.5 bilion tan karbon dioksida pada 2060.

Jelasnya, hutan dan padang rumput akan dapat menyerap lebih separuh daripadanya, sekali gus menyumbang dengan ketara kepada peneutralan karbon.

“Untuk meningkatkan kapasiti kawasan tadahan karbon, China akan berusaha mengembangkan kawasan hutan dan padang rumput, serta meningkatkan usaha untuk melindungi sumber ini,” kata Guo pada sidang media mengenai pemuliharaan dan pemulihan ekologi pada Rabu, iaitu sehari sebelum Hari Ekologi Kebangsaan.

Terdahulu, badan perundangan tertinggi China pada 2023 mengundi untuk menetapkan 15 Ogos sebagai Hari Ekologi Kebangsaan negara, dengan tujuan meningkatkan kesedaran awam untuk melindungi persekitaran ekologi.

Video

Berita Berkaitan