欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kukuhkan Keyakinan dan Mantapkan Pembaharuan - Xi

(CRI)Rabu 30 Oktober 2024
Kukuhkan Keyakinan dan Mantapkan Pembaharuan - Xi

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan jemaah menteri untuk membimbing rakyat memperkukuh keyakinan terhadap pembaharuan, dan bersatupadu untuk memantapkan pelaksanaan dasar pembaharuan.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu dalam satu majlis perasmian sesi pembelajaran untuk menterjemahkan garis panduan yang ditetapkan dalam sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC pada Selasa.

Xi berkata bahawa sebelum ini, sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat PKC ke-18 yang menandakan bermulanya kemaraan baharu dalam memperincikan pembaharuan secara komprehensif, telah membawa makna signifikan bagi mencetuskan fenomena yang serasi dengan zaman ini dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Xi juga menegaskan peri pentingnya untuk berintegriti menyemarakkan semangat inovatif.

“Kita mesti memartabatkan kepimpinan PKC secara komprehensif, berpegang kepada amalan Marxisme dan sosialisme yang bercirikan China serta mempertahankan demokrasi yang berpaksikan rakyat.

“Selain itu, hendaklah mempertahankan dan melengkapkan matlamat holistik tentang mengembangkan sistem negara sosialis yang bercirikan China, menambahbaik tadbir urus negara dan mendorong pemodenan dalam tata kelola.

“Usaha perlu dilakukan untuk menonjolkan pembaharuan ekonomi dari segi institusi di sebalik trend baharu perkembangan zaman, keperluan baharu dalam pembangunan praktikal dan harapan baharu yang diluahkan rakyat.

“Kita mesti giat menjalankan inovasi dalam pelbagai bidang termasuk teori, praktik, sistem dan kebudayaan yang dipercayai boleh dijadikan daya penggerak yang kuat dan jaminan dari segi institusi bagi pemodenan ala China,” kata Xi.

Selain itu, kaedah saintifik untuk memacu pembaharuan, penyelarasan antara pembaharuan dengan penguatkuasaan undang-undang, penambahbaikan sistem penguatkuasaan undang-undang di negara sosialis yang bercirikan China melalui pembaharuan, dan memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan berdasarkan penguatkuasaan undang-undang, juga disentuh dalam ucapan Xi.

Video

Berita Berkaitan