欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi

(CRI)Selasa 05 November 2024
China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi

Diplomat tertinggi China Wang Yi bersama penasihat khas Kabinet Jepun yang juga setiausaha agung Sekretariat Keselamatan Nasional Takeo Akiba melancarkan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tinggi China-Jepun di Beijing pada Isnin.

Wang yang menyandang jawatan pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata hubungan Beijing-Tokyo berada di fasa kritikal dalam usaha penambahbaikan.

Kedua-dua pihak harus mengikut konsensus antara pemimpin dan mengekalkan haluan ke arah menambah baik hubungan bilateral sehingga mewujudkan jalinan ikatan yang konstruktif, stabil dan memenuhi keperluan era baharu.

Wang berkata Jepun harus mempunyai pemahaman yang objektif dan rasional tentang China, menepati janji dibuatnya dalam isu Taiwan serta menjaga asas politik hubungan dua negara.

Jepun digesa supaya bertindak secara praktikal dalam pelaksanaan konsensus penting iaitu menjadi rakan kongsi bagi satu sama lain dan bukannya ancaman, di samping menggerakkan pembangunan hubungan dua hala yang mantap untuk jangka panjang.

Kedua-dua pihak mengulangi komitmen untuk mematuhi prinsip dan konsensus yang termaktub dalam empat dokumen politik China-Jepun dan berikrar memajukan hubungan strategik yang saling menguntungkan secara menyeluruh.

Antara persetujuan lain yang dicapai termasuk Beijing dan Tokyo akan mengekalkan hubungan peringkat tinggi serta dialog dan pertukaran dalam pelbagai bidang, dan menghantar lebih banyak isyarat yang positif kepada dunia luar.

Video

Berita Berkaitan