欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sanya Disenaraikan Sebagai 10 Destinasi Teratas 2025 (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 Disember 2024
Sanya Disenaraikan Sebagai 10 Destinasi Teratas 2025
Foto-foto yang disediakan untuk China Daily oleh Lembaga Pelancongan Sanya ini memaparkan keindahan dan keunikan pemandangan di Sanya.

Terletak di Provinsi Hainan, Sanya telah dipilih sebagai antara 10 destinasi pelancongan global untuk 2025 oleh syarikat pelancongan digital terkemuka dunia, Booking.com, lapor agensi berita China Daily.

Terkenal dengan kepelbagaian dalam pilihan hiburan dan hotel mesra keluarga, Booking.com telah menggelarkan bandar tersebut sebagai ‘syurga buat kanak-kanak’.

Pengarah serantau untuk Asia Tenggara dan China di Booking.com, Anthony Lu berkata bahawa Sanya dijangka akan menyaksikan peningkatan 176 peratus dari tahun ke tahun dalam pelancong masuk untuk kemuncak perjalanan tahun baharu yang akan datang berdasarkan data carian di laman sesawang syarikat itu.

"Sanya mempunyai infrastruktur pelancongan yang dibangunkan dengan baik, menawarkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang komprehensif. Persekitaran semula jadinya sesuai untuk kesihatan dan pemulihan, menampilkan kemudahan yang sangat baik dan hospital bereputasi, menjadikannya destinasi menarik untuk pelancong yang mementingkan kesihatan," kata Lu.

Sementara itu, Ketua pengarah Lembaga Pelancongan Sanya, Albert Yip berkata bahawa penyeneraian Sanya di dalam 10 destinasi trending Booking.com di seluruh dunia bukan sahaja pengiktirafan terhadap usaha berterusan dan strategi pemasaran yang berkesan, tetapi juga bukti pencapaian pihaknya.

Jelasnya, sebagai satu-satunya bandar China di dalam senarai, Sanya bersedia untuk menerima kehadiran masyarakat dunia dengan penuh terbuka.

Video

Berita Berkaitan