欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Mahu Hainan Singkap Lembaran Sendiri dalam Modenisasi Ala China

(CRI)Rabu 18 Disember 2024

Provinsi Hainan perlu mengangkat Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan sebagai pintu penting bagi menerajui keterbukaan China pada era baharu dan menyingkap lembaran sendiri dalam modenisasi ala China.

Penekanan itu dibuat oleh Presiden Xi Jinping ketika mendengar laporan kerja provinsi Hainan di bandar Sanya pada Selasa.

Xi mahu Hainan memberi tumpuan kepada kedudukan strategiknya sebagai zon rintis pemerkasaan pembaharuan dan keterbukaan secara komprehensif, zon rintis pembangunan tamadun ekologi, pusat pelancongan dan perbelanjaan antarabangsa serta zon perkhidmatan untuk strategi penting negara.

Beliau berkata Hainan harus mempergiat usaha ke arah membina sistem perindustrian moden yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.

Dalam pada itu, usaha hendaklah dilakukan untuk menyempurnakan dan melanjutkan rantaian perindustrian melibatkan sektor utama termasuk pelancongan, perkhidmatan moden, teknologi tinggi, pertanian tropika yang berkecekapan tinggi dan sebagainya.

Pembaharuan dalam bidang utama harus diperkasa, kata beliau sambil menegaskan perlunya Hainan berfokus kepada pelaksanaan menyeluruh dasar-dasar berkaitan pelabuhan perdagangan bebas, di samping mendorong keterbukaan secara keinstitusian dan membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

Antara perkara lain yang turut diberikan penekanan termasuk usaha mempertingkat literasi budaya dalam kalangan masyarakat, keterjaminan kesejahteraan rakyat dan tadbir urus sosial.

Video

Berita Berkaitan