欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Myanmar Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan Bersama

(CRI)Isnin 17 Februari 2025

China dan Myanmar setuju untuk meningkatkan kerjasama terhadap keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang serta membanteras jenayah rentas sempadan seperti penipuan siber, telekomunikasi serta pemerdagangan manusia.

Perkara itu dicapai selepas perbincangan yang mendalam oleh Duta Besar China ke Myanmar, Ma Jia yang mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Myanmar, Than Shwe, serta Menteri Dalam Negeri, Tun Tun Naing pada Jumaat lalu.

China juga menyatakan kesediaannya untuk menjalankan kerjasama dua hala atau pelbagai hala secara aktif bersama negara-negara jiran seperti Myanmar dan Thailand.

Selain itu, China juga komited usaha bersama menangani kegiatan jenayah khususnya judi dalam talian, penipuan telekomunikasi di samping melindungi kerjasama sedia ada dan hubungan serantau.

Sementara itu, Myanmar mendedahkan perincian dalam langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membanteras kegiatan judi dalam talian dan penipuan telekomunikasi, sekaligus memperkukuh penyelarasan dengan China dan negara-negara jiran yang berkaitan.

Myanmar juga akan mengukuhkan kerjasama bilateral dan multilateral, selain mewujudkan mekanisme kerjasama tetap untuk memerangi jenayah rentas sempadan seperti judi dalam talian dan penipuan telekomunikasi.

Video

Berita Berkaitan