欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sanjung Tinggi Semua Usaha untuk Kedamaian Ukraine

(CRI)Selasa 18 Februari 2025

China menyanjung tinggi semua usaha untuk kedamaian Ukraine, termasuk persepakatan yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia bagi memulakan rundingan damai.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong pada sesi perbahasan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai isu Ukraine pada Selasa.

Beliau berkata, pihak-pihak terbabit isu Ukraine pernah mencapai Perjanjian Minsk Baharu pada sedekad lalu, yang disokong UNSC dalam resolusi nombor 2022, memperlihatkan hala tuju yang betul untuk menyelesaikan perselisihan konflik menerusi dialog.

Malangnya kebanyakan peruntukan tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Ujarnya China berpegang kepada 4 prinsip yang dikemukakan Presiden negara itu, Xi Jinping iaitu kedaulatan dan integriti setiap negara perlu dihormati; prinsip dan tujuan Piagam PBB harus dipatuhi; kebimbangan keselamatan semua pihak harus dipandang serius dan semua usaha damai perlu disokong.

China berharap kesemua pihak berkepentingan boleh melibatkan diri dalam proses damai, agar mencapai perjanjian damai yang adil, kekal dan boleh diterima semua pihak.

Video

Berita Berkaitan