欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bertindak Balas Terhadap Peningkatan Tarif AS

(CRI)Rabu 05 Mac 2025

Kementerian Perdagangan China bersama dengan Suruhanjaya Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara mengumumkan sejumlah tindakan balas terhadap Amerika Syarikat (AS) yang beralasan isu Fentanyl menaikkan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan China yang dieksport ke negaranya di sini pada Selasa.

China memutuskan untuk menyenaraikan 10 syarikat AS termasuk TCOM sebagai entiti yang tidak boleh dipercayai.

Sebelum ini, syarikat Illumina, Inc. dari AS sudah dimasukkan ke dalam senarai tersebut pada 4 Februari lalu, dan turut dilarang mengeksport kelengkapan penjujukan gen ke China.

Sementara itu, sebanyak 15 entiti AS termasuk Leidos sudah dimasukkan ke dalam senarai kawalan eksport, dan sebarang aktiviti eksport berkaitan yang sedang berlangsung mesti dihentikan serta-merta, menurut Kementerian Perdagangan China.

Pada hari yang sama, Suruhanjaya Peraturan Tarif Kastam Dewan Negara mengumumkan akan mengenakan tarif tambahan ke atas sebahagian produk yang diimport dari AS bermula 10 Mac, iaitu mengenakan tarif tambahan 15 peratus ke atas daging ayam, gandum, jagung dan kapas, manakala 10 peratus ke atas sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, produk akuakultur, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu.

Dalam pada itu, Jurucakap Kementerian Perdagangan memaklumkan bahawa China telah memfailkan dakwaan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung langkah AS menaikkan tarif ke atas barangan China yang dieksport ke negaranya.

Video

Berita Berkaitan