欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Perkenalkan Dasar Kewangan Sederhana Longgar Rangsang Penggunaan

(CRI)Selasa 18 Mac 2025

Bank Rakyat China akan dengan bersungguh-sungguh melaksanakan Pelan Tindakan Khas bagi Merangsang Penggunaan, membimbing institusi kewangan agar memenuhi keperluan dana yang pelbagai dari segi pembekalan dan permintaan.

Demikian dikatakan Ketua Jabatan Pasaran Kredit Bank Rakyat China, Che Shiyi dalam sidang taklimat yang dianjurkan Pejabat Penerangan Dewan Negara yang diadakan di Beijing pada Isnin.

Beliau berkata, untuk memperhalusi pelan tindakan tersebut, pihaknya akan memperkenalkan dasar monetari yang sederhana longgar untuk mewujudkan iklim kewangan yang baik, melaksanakan pakej dasar penggunaan untuk menyokong penambahbaikan bekalan penggunaan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Pada masa sama, Bank Rakyat China juga akan membaiki produk dan perkhidmatan kewangan untuk memenuhi permintaan penggunaan yang berbeza, sementara meluaskan sumber dana bagi institusi kewangan dan mengembangkan bekalan dana dalam bidang penggunaan.

Dalam sidang taklimat itu, enam jabatan kerajaan telah memberikan penjelasan tentang langkah-langkah yang akan diambil untuk merangsang penggunaan.

Antara jabatan-jabatan lain ialah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Kementerian Perdagangan, dan Pentadbiran Pengawalan Pasaran Negara.

Video

Berita Berkaitan