欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Perluas Pasaran Dagangan Karbon

Kementerian Ekologi dan Persekitaran China pada Rabu mengeluarkan rancangan kerja untuk meluaskan pasaran dagangan karbon, dengan memasukkan industri lebur urai aluminium, simen, dan keluli dalam peluasan industri yang pertama pasaran itu sejak ia dilancarkan pada 2021, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik Kementerian itu, Xinhua melaporkan bahawa China melancarkan pasaran dagangan karbon pada Julai 2021, dengan memfokuskan terhadap sektor janaan kuasa. Sejak itu, intensiti pelepasan karbon dalam janaan kuasa elektrik telah berkurangan sebanyak 8.78 peratus.

Jelas Kementerian itu lagi, peluasan tersebut dijangka akan menambah sebanyak 1,500 perusahaan kepada pasaran dagangan karbon.

Untuk rekod, ketiga-tiga sektor itu melepaskan sekitar 3 bilion tan karbon dioksida setahun, iaitu 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pelepasan karbon dioksida di China.

Dagangan karbon, yang membenarkan jual beli permit untuk melepaskan karbon dioksida atau sebarang gas rumah hijau lain itu dilihat sebagai wadah penting dalam usaha untuk mengurangkan jejak karbon dan mencapai sasaran pelepasan karbon.

Video

Berita Berkaitan