欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi, Putin Adakan Pertemuan Santai di Kremlin

(CRI)Jumaat 09 Mei 2025

Presiden China Xi Jinping menyatakan kesediaannya untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bagi membimbing hala tuju hubungan kedua-dua negara serta menyumbang secara positif kepada tadbir urus global.

Xi berkata demikian ketika mengadakan pertemuan santai dengan Putin di Pejabat Presiden di Kremlin, Moscow pada Khamis.

Sementara itu, Putin turut menyatakan kesediaannya mengekalkan komunikasi strategik yang erat dengan Presiden Xi untuk bersama-sama menghadapi situasi antarabangsa yang kompleks, memelihara kepentingan bersama serta menggerakkan dunia ke arah lebih adil, demokratik dan multipolar.

Menyentuh tentang krisis Ukraine, Xi berkata China mengalu-alukan segala usaha ke arah mencapai perjanjian damai yang saksama, berkekalan dan boleh diterima semua pihak menerusi dialog dan perbincangan.

Dalam pada itu, Putin menzahirkan penghargaan terhadap pendirian objektif China berhubung penyelesaian krisis Ukraine melalui pendekatan politik.

Video

Berita Berkaitan