欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Harap India, Pakistan Capai Gencatan Senjata Berkekalan: Wang Yi

(CRI)Ahad 11 Mei 2025

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar menerusi panggilan telefon pada Sabtu.

Wang berkata China mendukung usaha Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan maruah bangsa.

Beliau yakin Pakistan dapat menghadapi situasi semasa dengan tenang dan membuat keputusan yang selaras dengan kepentingan asas dan jangka panjang negaranya.

Dar menghargai usaha China sebagai pengantara dalam menggalakkan pelaksanaan gencatan senjata, sambil meluahkan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan China serta masyarakat antarabangsa.

Pada hari sama, Wang juga menghubungi penasihat keselamatan negara India, Ajit Doval.

Wang berkata China mengutuk insiden keganasan di Pahalgam dan menentang segala bentuk keganasan.

India dan Pakistan diharap bertenang bagi menyelesaikan perselisihan menerusi dialog dan mengelak ketegangan daripada terus memburuk.

China menyokong dan menantikan dua negara itu mencapai gencatan senjata secara menyeluruh dan berkekalan melalui perundingan.

Sementara itu, Doval berkata perang bukan pilihan India dan ia juga tidak memenuhi kepentingan mana-mana pihak.

Video

Berita Berkaitan