- Lain-lain
Wang Yi Rumus Hasil Lawatan Presiden Xi ke Rusia
China dan Rusia akan meneruskan usaha untuk mendorong perkembangan hubungan ke peringkat lebih mendalam melibatkan bidang lebih luas berdasarkan bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi kepada wartawan selepas Presiden Xi Jinping selesai melakukan lawatan rasmi ke Rusia dan menghadiri majlis sambutan 80 tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung Kesatuan Soviet.
Menurut beliau, China dan Rusia juga komited merungkai pelbagai cabaran yang dihadapi dunia ketika ini dengan kestabilan hubungan dua hala.
Kedua-dua negara sekali lagi mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pemerkasaan sinergi dalam memelihara kewibawaan undang-undang antarabangsa.
Wang berkata kenyataan itu menegaskan perlunya mematuhi sepenuhnya Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip asas undang-undang antarabangsa, serta menentang pelaksanaan sekatan unilateral dan bidang kuasa 'lengan panjang'.
Sempena lawatan kali ini, Presiden Xi turut mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin negara dari tiga benua di dunia dan mencapai konsensus luas mengenai usaha saling menyokong, mempertahankan multilateralisme dan menentang amalan hegemoni.
- Tentera China Sertai Perbarisan Sempena 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- Xi Hadir Majlis Rai 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- Xi Hadir Majlis Rai 80 Tahun Kemenangan Perang Patriotik Agung di Moscow
- China, Rusia Tandatangan Dokumen Kerjasama Perfileman
- Xi, Putin Adakan Rundingan
- Xi, Putin Adakan Pertemuan Santai di Kremlin
- China, Rusia Perlu Kekalkan Penyelarasan Strategik Komprehensif - Xi
- Xi, Putin Adakan Rundingan
- Xi Berbincang Bersama Putin
- Xi, Putin Berbincang dalam Lingkungan Kecil