欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Brazil

(CRI)Rabu 14 Mei 2025
Presiden Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Brazil

Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di Beijing, pada Selasa.

Xi berkata sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Brazil pada tahun lalu, kedua-dua negara mengumumkan untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap komuniti berkongsi nasib China-Brazil demi dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan. Keputusan strategik tersebut sekali gus merangka cetak biru hubungan China-Brazil bagi jubli emas yang seterusnya.

Xi berkata, berdiri di titik permulaan baharu dalam sejarah, China dan Brazil hendaklah mempertahankan kepercayaan strategik, saling menyokong dalam isu yang membabitkan kepentingan teras dan keprihatinan kedua-dua negara.

Sementara itu, menurut Xi, kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama, meningkatkan pemadanan antara inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Brazil, meningkatkan kerjasama dalam sektor infrastruktur, pertanian dan tenaga, di samping meneroka ruang kerjasama baharu dalam bidang transformasi tenaga, aeroangkasa, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Xi turut menekankan pentingnya bagi kedua-dua negara untuk mengekalkan pertukaran kebudayaan dan mempertahankan koordinasi pelbagai hala.

Presiden Lula mengatakan bahawa kejayaan China dalam menghapuskan kemiskinan amat mengagumkan, dan pihaknya bersedia menimba pengalaman China demi membolehkan lebih ramai rakyatnya keluar dari kemiskinan dan kebuluran.

Dalam situasi antarabangsa semasa ini, menurut Lula, adalah amat penting untuk mempertahankan multilateralisme.

Proteksionisme dan langkah tarif sesuka hati tidak akan membawa pembangunan dan kemakmuran, sebaliknya akan mengakibatkan kekacauan.

Oleh itu, menurut Lula, sikap China dalam mengendalikan cabaran global memberikan kekuatan dan keyakinan kepada pelbagai negara. Brazil bersedia meningkatkan kerjasama strategik dengan China dalam urusan antarabangsa, memelihara bersama kepentingan Selatan Global serta kesamarataan dan keadilan antarabangsa.

Setelah rundingan itu, kedua-dua pemimpin turut menyaksikan penandatanganan 20 dokumen kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pemadanan strategi, sains dan teknologi, pertanian, ekonomi digital, kewangan, kuarantin, media dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan