- Lain-lain
Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
Peng Liyuan, isteri kepada Presiden China Xi Jinping dan Rosangela Lula da Silva, isteri kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva telah melawat ke Pusat Seni Persembahan Kebangsaan China (NCPA) di Beijing pada Selasa petang.
Rosangela kini mengiringi Presiden Brazil yang dalam rangka lawatan negara ke China.
Peng dan Rosangela telah meninjau seni bina dalaman NCPA, mengunjungi pameran "Stage of Glory" dan mempelajari usaha yang dilaksanakan NCPA dalam mempromosikan pertukaran budaya antarabangsa dan menggalakkan kegiatan seni kepada masyarakat umum.
Peng berkata, China dan Brazil merupakan negara yang kaya dengan budaya dan beberapa tahun kebelakangan ini, pertukaran budaya dan hubungan rakyat kedua-dua negara semakin aktif.
Beliau berharap agar China dan Brazil dapat mengekalkan momentum tersebut dan mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Sementara itu, Rosangela memuji pencapaian pembangunan dan kecemerlangan budaya China, serta menyatakan kesediaannya untuk mempromosikan budaya serta memperdalamkan lagi persahabatan antara Brazil dan China.
- Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kenya
- Peng Liyuan Berkunjung ke Ibu Pejabat UNESCO
- Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia
- Peng Liyuan Lawat Istana Buda
- Xi Bertemu Timbalan Presiden Brazil
- Peng Liyuan Ditemui Pegawai UNAIDS dan WHO
- Peng Liyuan Hadiri Kem Musim Panas Kanak-kanak China, Afrika di Beijing
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Peng Liyuan Ucap Tahniah kepada Majlis Penyampaian Hadiah Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita UNESCO
- Peng Liyuan Kunjungi Muzium Macau
- Presiden Brazil Lawat China Bermula Sabtu
- Xi, Lula Saling Utus Tahniah Jubli Emas Hubungan Diplomatik
- Artikel Presiden Xi Disiarkan di Media Brazil
- China Teladan Patut Dicontohi - Presiden Brazil Lula da Silva
- Xi Mulakan Lawatan Rasmi di Brazil
- China, Brazil Naik Taraf Hubungan
- Xi, Lula Bertemu dengan Wartawan
- China, Brazil Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- Lagu ‘My Motherland’ Disusun Khas untuk Sambut Xi di Brazil
- China, Brazil Ikrar Majukan Kerjasama 'BRICS Raya'