欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Peranan PBB Perlu Diperkasakan, Tidak Boleh Dibiarkan Lemah

(CRI)Rabu 14 Mei 2025

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu diperkasakan selain organisasi berkenaan tidak boleh dibiarkan lemah, ketika dunia berdepan pelbagai konflik dan perubahan baharu yang menyaksikan peningkatan unilateralisme serta cabaran luar jangka.

Demikian ditekankan oleh Wakil China ke PBB, Fu Cong pada sesi taklimat mengenai Inisiatif Pembaharuan sempena Ulang Tahun ke-80 PBB (UN80 Initiative) yang diadakan pada Selasa.

Beliau berkata, China amat menantikan inisiatif yang dilancarkan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres itu yang telah mencapai hasil substantif.

Sehubungan itu, China menyeru agar kewibawaan dan kedudukan PBB dipelihara merangkumi tiga tunjang, iaitu kedamaian dan keamanan, pembangunan serta hak asasi manusia didorong secara seimbang; keberkesanan kerja PBB diperkasakan; dan kepentingan negara membangun dilindungi.

"China akan sentiasa berinteraksi secara langsung dengan Setiausaha Agung PBB, Sekretariat dan anggota pertubuhan dunia itu berhubung inisiatif terbabit selain menambahbaik dan menyempurnakan lagi peranan PBB, serta menggalakkan tadbir urus global ke arah yang lebih adil dan rasional", katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan