欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Colombia di Beijing

(CRI)Rabu 14 Mei 2025
Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Colombia di Beijing

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Colombia, Gustavo Petro mengadakan pertemuan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, Xi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Colombia.

Justeru, beliau berkata kedua-dua pihak perlu memupuk rasa percaya antara satu sama lain dalam bidang politik, mempertingkat komunikasi strategik, dan memastikan hala tuju hubungan bilateral yang stabil.

Xi turut menyambut baik penyertaan rasmi Colombia dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan menyatakan kesediaan China untuk mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Colombia, serta menyokong pelaburan syarikat China dalam pembinaan infrastruktur di Colombia.

Kedua-dua pihak juga boleh memperluas kerjasama dalam bidang-bidang baharu termasuk tenaga angin, kenderaan elektrik bateri (BEV), ekonomi digital, dan kecerdasan buatan (AI) bagi mencapai transformasi hijau dan rendah karbon.

Xi menekankan bahawa Colombia sebagai pengerusi bergilir Komuniti Negara-Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) telah memberikan sumbangan penting kepada kejayaan mesyuarat peringkat menteri Forum China-CELAC ke-4 ini.

Ujarnya China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Amerika Latin termasuk Colombia untuk memperkukuh Komuniti Berkongsi Nasib China-CELAC demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan