欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Hadir Majlis Perasmian Mesyuarat Menteri Forum China-CELAC Keempat

(CRI)Selasa 13 Mei 2025

Mesyuarat peringkat menteri Forum China-Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) keempat diadakan di Beijing pada pagi tadi.

Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis perasmian mesyuarat itu dan menyampaikan ucaptama.

Xi menyatakan bahawa China dan pelbagai negara Amerika Latin dan Caribbean adalah anggota penting Selatan Global. Di sebalik pertembungan geopolitik dan konfrontasi kem, serta amalan unilateralisme dan proteksionisme yang berleluasa semula, China bersedia bersama-sama dengan pelbagai anggota CELAC melancarkan lima projek utama yang menyasarkan pembangunan dan pembangkitan semula serta pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Amerika Latin dan Caribbean.

China bersedia bersama dengan CELAC terus menyokong antara satu sama lain dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, China akan menjemput 300 pegawai parti politik dan kerajaan dari pelbagai anggota CELAC setiap tahun untuk lawatan kajian di China serta bertukar-tukar pengalaman tadbir urus negara.

China berhasrat untuk bersama-sama CELAC melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, dengan teguh memelihara perdagangan multilateral, menjamin kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan global, dan menjaga landskap antarabangsa yang tterbuka dan kerjasama. China akan mengimport lebih banyak produk berkualiti dari CELAC dan menggalakkan syarikat China menambah pelaburan di rantau tersebut.

Xi juga menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan CELAC melaksanakan Inisiatif Peradaban Global dan Inisiatif Keselamatan Global.

Selain itu, China akan menyediakan bantuan lanjutan kepada pelbagai anggota CELAC dalam tempoh 3 tahun akan datang, termasuk 3,500 biasiswa tawaran kerajaan, 10,000 peluang latihan di China, 500 biasiswa untuk guru Bahasa Mandarin antarabangsa, 300 projek hidup rakyat di peringkat akar umbi dan sebagainya.

Pada akhirnya, Xi menekankan bahawa di tengah-tengah situasi antarabangsa yang penuh dengan ketidaktentuan dan kerancuan pada zaman pasca normal ini, China tetap sahabat baik dan rakan sejati CELAC. Kedua-dua pihak dikehendaki berganding bahu maju bersama dalam proses pemodenan masing-masing, dan membuka lembaran baharu dalam membina komuniti berkongsi nasib.

Video

Berita Berkaitan