欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Redakan Ketegangan di Laut Merah

(CRI)Khamis 15 Mei 2025

China menyeru agar berusaha meredakan ketegangan dalam situasi Laut Merah, memilih penyelesaian secara politik dan meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Yaman.

Demikian dinyatakan oleh Naib Wakil Tetap China di PBB, Sun Lei dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Yaman semalam.

Sun berkata, dalam dua bulan terakhir, Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah melakukan serangan udara ke atas Yaman, sementara serangan juga tercetus antara Gerakan Houthi dan Israel, dan kedua-duanya telah mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam bilang besar serta kemusnahan infrastruktur.

Baru-baru ini, AS dan Gerakan Houthi telah mencapai perjanjian gencatan senjata. China menyambut baik usaha Oman dalam hal ini dan berharap pelbagai pihak mengambil peluang ini untuk meredakan ketegangan secepat mungkin.

Selain itu, China sekali lagi menyeru pelbagai pihak kekal bersabar untuk mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan situasi daripada berlaku. Pada masa yang sama, Gerakan Houthi diseru untuk menghentikan gangguan terhadap kapal perdagangan demi keselamatan laluan perairan Laut Merah.

Menurut Sun, kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah Yaman perlu dihormati, manakala perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai juga perlu dilaksanakan.

Sun menekankan bahawa ketegangan di Laut Merah berkait rapat dengan situasi di Gaza. Sejak akhir-akhir ini, Israel telah menghidupkan semula konflik di Gaza tanpa mempedulikan bantahan keras daripada masyarakat antarabangsa. Gencatan senjata yang berkekalan di Gaza perlu dijadikan satu keutamaan utama dalam senario global, yang dipercayai kondusif bagi meredakan ketegangan secara menyeluruh di rantau terbabit dan memulihkan keamanan serta kestabilan di Yaman dan Laut Merah.

Video

Berita Berkaitan