欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tinjauan CGTN: Kerjasama China-Asia Tengah Suntikkan Kestabilan kepada Dunia

(CRI)Isnin 16 Jun 2025

Hasil daripada kerjasama bertaraf tinggi antara China dengan lima negara Asia Tengah disifatkan sebagai paparan kepada "komuniti berkongsi nasib sesama insan", selain menyuntik kestabilan kepada masyarakat antarabangsa yang mendepani pergolakan.

Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati bahawa 90.4 peratus responden percaya mekanisme pertemuan pemimpin antara China dan Asia Tengah memainkan peranan bimbingan yang penting.

Hasil tinjauan itu juga menunjukkan sebanyak 92 peratus responden berpendapat bahawa China yang mengutamakan hubungan dengan Asia Tengah dalam hubungan kejiranannya telah memberikan lebih banyak peluang kepada negara-negara terbabit untuk mewujudkan transformasi dan pembangunan, selain meningkatkan pengarah rantau berkenaan di pentas dunia.

Tinjauan CGTN itu dilancarkan di platform bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab, dan Rusia, diikukti 2,059 netizen luar negara dalam tempoh 24 jam.

Video

Berita Berkaitan