欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Putin, Macron Adakan Perbualan Telefon, Bincang Isu Asia Barat

(CRI)Rabu 02 Julai 2025

Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron mengadakan panggilan telefon pada Selasa, berbincang mengenai situasi Asia Barat susulan peningkatan konfontasi Iran dan Israel, serta serangan udara Amerika Syarikat (AS) terhadap fasiliti nuklear Iran, menurut laman rasmi Kremlin.

Ini merupakan perbualan pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak September 2022.

Putin dan Macron menekankan bahawa hak sah Iran untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman mesti dihormati, sementara menyeru Iran agar terus mematuhi kewajipan di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Mereka juga menegaskan pentingnya untuk meningkatkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Putin dan Macron juga bersetuju bahawa krisis nuklear Iran dan konflik lain di Asia Barat harus diselesaikan melalui saluran politik dan diplomatik.

Video

Berita Berkaitan