欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Industri Tasik Garam Berkembang di Qinghai (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Julai 2025
Industri Tasik Garam Berkembang di Qinghai
Foto memperlihatkan produk tasik garam yang dipamerkan pada Pameran Perdagangan dan Pelaburan Qinghai China untuk Pembangunan Hijau yang ke-26. (People;s Daily Online/Liu Peiran)

Tasik Garam Qarhan, iaitu tasik garam terbesar di China, telah mengubah bandar Golmud di Provinsi Qinghai, barat laut China, kepada ‘bandar tasik garam China’.

Menurut data rasmi, Tasik Garam Qarhan mengandungi sekitar 60 bilion tan rizab garam natrium, yang cukup untuk dibekalkan buat 6 bilion manusia untuk 1,000 tahun. Sumber litium, mangesium dan potasium tasik itu menduduki ranking pertama di China, dengan potensi nilai ekonomi mencapai ratusan trilion RMB.

Bak sebuah zamrud di tengah-tengah Lembangan Qaidam, Tasik Garam Qarhan menyimpan rahsia alam yang lebih daripada sekadar garam biasa.

Klorida potasium adalah baja pertanian yang penting, namun sehingga 1954, China belum menemui sebarang simpanan potasy.

Beberapa dekad yang lalu, selepas melalui banyak percubaan yang gagal, sekumpulan pakar geologi China mengalih fokus mereka kepada Lembangan Basin, yang juga tempat mereka menemui karnalit dengan hubungan simbiotik untuk garam batu potasy di Tasik Garam Qarhan.

Kemudiannya, sebuah pasukan yang terdiri daripada 19 anggota tiba di pesisir tasik itu dan berjaya mengekstrak lebih daripada 10 kilogram klorida potasium dengan kira-kira 50 peratus ketulenan daripada air garam tasik tersebut.

Dalam tempoh enam dekad lalu, pekerja tasik garam dari generasi demi generasi telah berusaha bersungguh-sungguh ke arah inovasi dan mencapai penemuan baharu, iaitu mahir dalam lima proses pengeluaran baja potasy yang berbeza dan mengecap kejayaan signifikan dalam penambahbaikan kapasiti. Pengeluaran baja potasy yang ditambah baik itu telah memperkukuh keterjaminan makanan di serata China.

Ketika ini, Lembangan Qaidam yang ditunjangi oleh Tasik Garam Qarhan, telah menjadi pangkalan pengeluaran baja potasy keempat terbesar di dunia dan terbesar di China.

Hao Yong, penyelia keselamatan di syarikat Qinghai Salt Lake Industry yang merupakan subsidiari China Minmetals berkata bahawa dengan terdapatnya kemajuan dari aspek teknologi, pengeluaran potasy moden kini secara amnya bergantung pada kaedah fizikal, yang secara virtualnya menyelesaikan isu pencemaran.

Lembangan Qaidam melingkungi 33 tasik garam bersaiz besar dan sederhana. Selepas bertahun-tahun merekodkan pertumbuhan yang stabil, industri tasik garam itu telah berevolusi kepada salah satu industri tonggak Provinsi Qinghai, yang menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, Qinghai telah mengemukakan satu siri dokumen strategik yang menggalakkan pembangunan pesat industri tasik garam tersebut.

Golmud merupakan contoh kepada trend tersebut. Susulan daripada pengenalan dasar pembukaan dan pembaharuan pada 1978, industri kimia tasik garam tempatan telah mengekalkan pembangunan pesat, menubuhkan lima kluster industri yang meliputi potasy, natrium, magnesium, garam litium dan produk klorin alkali.

Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), Golmud yang memfokuskan sektor kimia tasik garam, telah mencapai kapasiti untuk mengeluarkan 8 juta tan baja potasy, 1 juta tan debu soda, 420,000 tan hidroksida potasium, 150,000 tan karbonat litium, 1,500 tan litium logam dan 3,100 tan campuran litium organik.

Bengkel pengeluaran baja potasy di sebelah Tasik Garam Qarhan telah mencapai automasi sepenuhnya, sekali gus mengeluarkan baja potasy berkualiti tinggi dengan 95 peratus kandungan potasium.

“Ketika ini, kami mengoperasikan empat bengkel pengeluaran baja potasy di sini dengan output tahunan sebanyak 5 juta tan, bersama-sama dengan fasiliti pengeluaran garam litium dan natrium yang berdekatan,” ujar Guo Ganli, timbalan pengarah bengkel pengeluaran pertama syarikat baja potasy di bawah Qinghai Salt Lake Industry.

Video

Berita Berkaitan