欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Setiausaha Agung, Wakil Tetap ASEAN Cuba HSR Jakarta-Bandung (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 September 2023
Setiausaha Agung, Wakil Tetap ASEAN Cuba HSR Jakarta-Bandung
HSR Jakarta-Bandung. (People’s Daily Online/Cao Shiyun)

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, Timbalan Setiausaha Agung Dr. AKP Mochtan, wakil tetap negara-negara ASEAN dan duta negara rakan dialog ke ASEAN baru-baru ini mengikuti perjalanan percubaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. HSR tersebut juga projek mercu tanda kerjasama China-Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Kehadiran para tetamu adalah atas undangan Duta Besar China ke ASEAN, Hou Yanqi dan Wakil Tetap Indonesia ke ASEAN, Derry Aman.

Rombongan bertolak dari Stesen Halim di Jakarta menuju ke Stesen Tegalluar. Dalam perjalanan itu, wakil syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) memperkenalkan keadaan pembinaan keseluruhan projek dan persediaan operasi serta menjawab soalan para tetamu.

Dr. Kao Kim Hourn dan para duta menilai tinggi HSR Jakarta-Bandung sebagai yang pertama di rantau ini. Beliau turut menzahirkan rasa kagum terhadap keselesaan serta kemudahan yang dibawa oleh HSR buatan China, yang juga menunjukkan BRI membawa faedah yang nyata kepada negara-negara ASEAN. ASEAN menantikan untuk mempertingkatkan usaha dalam kesalinghubungan dengan China demi kesejahteraan rakyat rantau ini.

Video

Berita Berkaitan