欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Bina Sistem Teori Ketenteraan Moden Bercirikan China: Xi

(CRI)Rabu 16 Oktober 2024

Presiden China Xi Jinping mahu usaha dilakukan secara menyeluruh untuk memperkasakan kerja berkaitan teori ketenteraan dalam perjalanan baharu pada era baharu, dan membina sistem teori ketenteraan moden yang bercirikan China.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat penekanan tersebut ketika berucap pada sidang kerja berkaitan teori ketenteraan yang diadakan di Beijing pada Isnin dan Selasa.

Beliau mengatakan bahawa pemodenan teori ketenteraan merupakan bahagian penting daripada pemodenan pertahanan dan tentera, dan ia memainkan peranan bimbingan yang penting dalam pembangunan tentera yang kuat.

"Tatkala dunia berdepan perubahan yang besar, manakala revolusi ketenteraan baharu berkembang pesat, keperluan keselamatan dan pembangunan negara kita mengalami perubahan mendalam, sementara misi dan tugas untuk mewujudkan sasaran pembinaan tentera yang kuat kian mendesak.

"Kita perlu untuk membina teori ketenteraan moden bercirikan China, supaya menyediakan dukungan saintifik dan bimbingan bagi mewujudkan matlamat perjuangan 100 tahun penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan mempercepat pembinaan PLA sebagai pasukan tentera bertaraf dunia," ujar Xi.

Video

Berita Berkaitan