欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Jepun Pulih Mekanisme Pertukaran Parti Pemerintah

(CRI)Khamis 16 Januari 2025

Delegasi gabungan parti pemerintah Jepun mengakhiri lawatan selama tiga hari di China pada Rabu.

Sempena lawatan kali ini, China dan Jepun menganjurkan mesyuarat ke-9 mekanisme pertukaran parti pemerintah selepas mekanisme berkenaan tergendala lebih enam tahun.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada Selasa, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai usaha meningkatkan kesalingpercayaan, pertukaran budaya serta kerjasama saling untung selain mencapai pelbagai lagi konsensus.

Kedua-dua pihak sepakat bahawa dialog dan komunikasi yang rapat perlu diteruskan walau apa jua situasi didepani hubungan China-Jepun.

Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao berkata hubungan antara China dengan Jepun kini berada pada fasa kritikal pemulihan dan perkembangan.

Sebagai dua negara penting di Asia, China dan Jepun bertanggungjawab untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serta mendorong pembangunan bersama Asia, di samping tegas menolak cubaan menghasut pertentangan ideologi dan konfrontasi sesama blok.

Video

Berita Berkaitan