欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Liga Arab ke-34

(CRI)Ahad 18 Mei 2025
Xi Ucapkan Tahniah kepada Sidang Kemuncak Liga Arab ke-34

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada pengerusi bergilir Majlis Liga Arab ke-34 yang juga Presiden Iraq, Abdul Latif Rashid pada Sabtu untuk mengucapkan tahniah kepada sidang kemuncak yang berlangsung di Baghdad itu.

Xi berkata bahawa beliau dan pemimpin negara-negara Arab bersetuju dengan sepakat untuk berusaha membina komuniti berkongsi nasib China-Arab bagi era baharu pada Sidang Kemuncak China-Negara Arab pertama pada Disember 2022, dan beliau yakin bahawa sidang kemuncak kedua yang akan diadakan di China pada 2026 akan menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam sejarah hubungan China-Arab.

Xi menekankan bahawa China dan negara-negara Arab selama ini melihat hubungan dua hala dari perspektif strategik dan jangka panjang. Untuk masa depan, China akan terus menjadi sahabat dan rakan kongsi dunia Arab yang boleh dipercayai, dan teguh menyokong keadilan yang diperjuangkan negara-negara Arab.

Xi berkata, China bersedia bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, menggalakkan kerjasama saling menguntungkan, meningkatkan pertukaran sosiobudaya, berusaha maju bersama demi pemodenan masing-masing, serta membina komuniti berkongsi nasib China-Arab yang lebih holistik.

Video

Berita Berkaitan