欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pembangunan Berkualiti Tinggi Asas Modenisasi Ala China: Xi

(CRI)Rabu 21 Mei 2025
Pembangunan Berkualiti Tinggi Asas Modenisasi Ala China: Xi

Provinsi Henan perlu menyingkap lembaran baharu dalam memacu modenisasi ala China menerusi pembangunan berkualiti tinggi serta tadbir urus yang cekap.

Perkara itu ditekankan Presiden Xi Jinping semasa mengadakan tinjauan di provinsi Henan, bahagian tengah China bermula Isnin.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat mahu Henan mempergiat usaha bagi membina sistem perindustrian moden dan meningkatkan kapasiti sektor pertanian.

Provinsi itu juga hendaklah terus menambah baik kehidupan rakyat, memperkasa tadbir urus sosial serta perlindungan ekologi dan alam sekitar, di samping mendorong kemakmuran budaya.

Menurut beliau, pembangunan berkualiti tinggi merupakan asas bagi menggerakkan modenisasi ala China.

Tatkala berdepan persekitaran luaran yang rumit, China perlu memperkukuh keyakinan dan memberi tumpuan kepada usaha menguruskan hal ehwal domestik dengan baik dan memperluas keterbukaan yang bertaraf tinggi.

Beliau turut menegaskan perlunya usaha dilakukan untuk menstabilkan pengambilan pekerja, perniagaan, pasaran dan jangkaan.

Dalam tinjauan selama dua hari itu, Xi telah mengadakan tinjauan di bandar Luoyang dan Zhengzhou serta mendengar laporan kerja daripada Jawatankuasa PKC di Henan serta kerajaan tempatan.

Video

Berita Berkaitan