欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Mahu Yunnan Perkasa Keterbukaan Bertaraf Tinggi

(CRI)Jumaat 21 Mac 2025
Xi Mahu Yunnan Perkasa Keterbukaan Bertaraf Tinggi

Provinsi Yunnan perlu memanfaatkan lokasi strategiknya untuk memperkasa keterbukaan bertaraf tinggi serta mengetengahkan diri sebagai hab utama yang menyasar Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Perkara itu ditekankan oleh Presiden China Xi Jinping semasa tinjauan selama dua hari ke provinsi Yunnan bermula Rabu.

Beliau mahu provinsi itu membina zon rintis perdagangan bebas secara berkualiti tinggi, memperkasa pembangunan saluran melibatkan pengangkutan, logistik, tenaga dan maklumat digital, selain menjadikan pelbagai platform terbuka sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

Yunnan juga hendaklah memperluas pertukaran dan kerjasama dengan negara jiran dalam bidang seperti ekonomi, teknologi, modal insan, perubatan dan budaya, sekali gus membolehkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjana manfaat ketara yang dapat dinikmati semua.

Xi berkata Yunnan perlu mengamalkan konsep pembangunan baharu secara tepat dan menyeluruh, di samping mempergiat pembangunan berkualiti tinggi agar menyingkap lembaran pembangunan baharu dalam modenisasi ala China.

Beliau turut menekankan perlunya provinsi itu melipatgandakan usaha bagi memacu industri pertanian dataran tinggi serta sektor pelancongan budaya.

Yunnan mempunyai kedudukan signifikan dari segi ekologi, kata beliau sambil menambah provinsi itu harus mengekalkan jalan pembangunan hijau yang memprioritikan ekologi.

Semasa tinjauan itu, Xi telah melawat bandar Lijiang dan Kunming.

Video

Berita Berkaitan