欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Modenisasi China Bertunjangkan Tiga Sektor Saling Sokong

(CRI)Isnin 26 Mei 2025

Pucuk pimpinan China yang berteraskan Xi Jinping menggariskan bahawa pembangunan modenisasi negara bertunjangkan "triniti' dari tiga sektor, iaitu pendidikan, teknologi dan bakat profesional yang saling menyokong mengikut model "memupuk bakat profesional menerusi pendidikan, mendorong kemajuan teknologi melalui bakat profesional, dan meningkatkan taraf pendidikan dengan perkembangan teknologi".

Dewasa ini, China mempunyai bilangan graduan dari jurusan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang terbanyak di dunia, dan sama juga jumlah keanggotaan yang terbabit yang sudah melebihi 112 juta orang.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, peruntukan kewangan China dalam bidang sains dan teknologi menyaksikan pertumbuhan yang laju, sehingga melepasi paras RMB3.6 trilion (RM2.23 trilion) pada tahun 2024.

Bagaimanapun, "triniti" itu bukanlah satu sistem yang terasing, tetapi merupakan ekosistem inovatif yang terbuka, selaras dan dinamik.

Sekolah vokasional yang ditubuhkan China di seberang laut yang bernama "Bengkel Luban", yang berperanan menyediakan sumber manusia teknikal untuk negara membangun, sudah berkembangan menjadi "jenama ikonik" bagi kolaborasi antarabangsa dalam pendidikan vokasional.

Setakat 2024, terdapat sebanyak 23 "Bengkel Luban" yang beroperasi di 20 buah negara, meliputi bidang pembuatan peralatan, maklumat elektronik, sumber tenaga baharu dan pertanian moden, yang sudah berjaya melahirkan 15,000 orang bakat teknikal melalui penganjuran latihan vokasional kepada 100,000 orang tempatan.

Video

Berita Berkaitan