- Lain-lain
Sains Hidupkan Semula Hutan Walnut Purba, Lonjak Pendapatan Penduduk Xizang
Foto bertarikh 24 Mei 2025 ini memperlihatkan Liu Liping dan seorang penduduk kampung sedang meletakkan tanda pada sebatang pokok walnut di kampung Zhaxi Dinggang, kaunti Gyaca, bandar Shannan, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China. (Xinhua/Zhuang Yunkai)
Di sebatang jalan bergunung yang ditiupi angin di kampung Zhaxi Dinggang, kaunti Gyaca, bandar Shannan, di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, Dr. Liu Liping dilihat sedang menanggalkan tampalan tanda dari jaketnya, kemudian menampalnya pada dahan walnut segar yang bercantum.
Liu yang merupakan dari Institut Penyelidikan Industri Walnut Dataran Tibet di Universiti Yangtze, Provinsi Hubei di tengah China mengimbau kembali perjalanannya yang pertama ke Xizang pada awal 2020, iaitu apabila beliau melihat sejumlah 3,657 pokok walnut purba, yang juga keunikan di Dataran Qinghai-Tibet di kaunti Gyaca.
Meskipun penanaman walnut di kaunti itu bersejarah lebih daripada 1,000 tahun, penduduk kampung masih bergelut sejak beberapa generasi untuk memanfaatkan sebaik mungkin dusun purba tersebut berikutan kekurangan pengurusan saintifik dan teknologi pengeluaran moden.
“Kami tidak tahu bagaimana untuk menanam dengan betul sebelum ini. Walnut agak kecil dan kami tidak dapat untuk menjualnya,” ujar ketua Parti kampung Zhaxi Dinggang. Nilai ekologi hutan walnut masih tidak diterokai, dengan kawasan tepi sungai ditinggalkan terbiar dan angin kuat sentiasa menjadi cabaran di jalan raya.
Proses transformasi bermula pada Mac 2021, apabila Provinsi Hubei melancarkan program bantuan teknikal buat Xizang di bawah Pelan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025). Liu dan pasukannya telah pergi ke kaunti Gyaca, mendedikasikan diri masing-masing untuk memilih varieti walnut yang lebih baik, pembenihan, dan menggunakan kaedah saintifik untuk membesarkan pokok.
Liu menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk mengunjungi kesemua 27 kampung pentadbiran di kaunti yang merupakan kawasan walnut disemai.
Foto bertarikh 24 Mei 2025 ini menunjukkan seorang juruteknik sedang memberi pertunjukan demonstrasi pencantuman pokok walnut kepada penduduk kampung di Zhaxi Dinggang, kaunti Gyaca, bandar Shannan, Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China. (Xinhua/Zhuang Yunkai)
“Pada asalnya, kami menerima sikap dingin dari ramai penduduk kampung," katanya, sambil memberitahu bahawa kegigihan dan keikhlasannya lama-kelamaan telah berjaya menambat kepercayaan penduduk kampung.
Daerah Gyaca kini telah menanam lebih daripada 520,000 pokok walnut merentasi 45,000 mu (kira-kira 3,000 hektar), menghasilkan 1,200 tan walnut setiap tahun, dengan nilai keluaran melebihi RM80 juta ($AS11.13 juta).
Dalam tempoh FYP ke-14, lebih 100,000 pokok walnut telah ditanam di sepanjang koridor ekologi Sungai Yarlung Tsangpo di daerah itu, membantu menstabilkan tanah, mencegah hakisan pasir dan meningkatkan pendapatan tempatan.
Zhang Rongceng, seorang pegawai akar umbi yang lahir selepas 1995 yang telah ditempatkan di Gyaca sejak 2022. Dia berkata bahawa lebih 500 penduduk kampung, termasuk ramai penanam tradisional, telah menyertai sesi latihan mengenai teknologi cantuman walnut.
Anak benih walnut Gyaca digunakan bukan sahaja untuk penanaman dan pembangunan pokok tempatan, tetapi juga untuk menyokong projek penanaman pokok terbesar di Lhasa, ibu kota Xizang.
Sejak 2022, hampir 700,000 mu tanah di Lhasa telah ditanam dengan pokok di bawah program ini, dengan kadar kemandirian keseluruhan kira-kira 85 peratus.
Kan Simeng, seorang lagi individu kelahiran selepas tahun 1995 yang mendapat penghargaan pada 2024 susulan kerja-kerjanya dalam program penanaman pokok Lhasa, telah menjadi penyelia di tapak lokasi yang terletak lebih daripada 3,700 di atas paras lau pada awal 2023. Di kawasan tersebut, 3,170 mu pokok telah ditanam.
- Dasar Mengenai Sungai Yangtze Bantu Bekas Nelayan Terokai Perniagaan Baharu di Anhui
- E-dagang Buka Pasaran Lebih Luas Buat Produk Istimewa Xizang
- ‘Bengkel Sunshine’ Bantu OKU di Kaunti Zhanang Dakapi Masa Depan Lebih Cerah
- Ximeng, Kaunti Etnik yang Penuh Kebahagiaan
- China Perkasakan Pembangunan Luar Bandar Secara Menyeluruh
- China Mahu Capai Kemajuan Penting di Luar Bandar Menjelang 2027
- Perdalam Pembaharuan Luar Bandar, Bina Negara Kuat dalam Pertanian: Xi
- Dekati Pembangunan Berintegrasi Bandar-Desa China Melalui Infrastruktur Jalan Luar Bandar
- Cendawan Fuciformis Jadi Emas
- China Keluarkan Kertas Putih Pembangunan Jalan di Kawasan Luar Bandar