欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PM Li: China Kekal Sebagai ‘Tanah Berkembang Maju’ Dalam Ekonomi Global

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri dan menyampaikan ucaptama semasa acara pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pengelola Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) di Beijing, ibu negara China pada 26 Jun 2025. (Xinhua/Liu Bin)

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri dan menyampaikan ucaptama semasa acara pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pengelola Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) di Beijing, ibu negara China pada 26 Jun 2025. (Xinhua/Liu Bin)

Ekonomi China akan kekal menjadi tanah yang berkembang maju dalam ekonomi global, sementara pengembangan dan penaiktarafan pasaran China yang besar-besaran akan terus menjana hasil signifikan, sekali gus menawarkan peluang pelaburan dan perdagangan lebih besar buat negara-negara lain.

Demikian ujar Perdana Menteri China, Li Qiang dalam ucaptamanya semasa upacara pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pengelola Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) di Beijing, ibu negara China, pada Khamis.

Beliau turut mengulangi komitmen China terhadap pembukaan yang berstandard tinggi dan integrasi mendalamnya terhadap ekonomi global, iaitu satu langkah untuk mewujudkan peluang pembangunan yang segar di seluruh dunia.

Dalam ucapannya, Li menyebut bahawa ketika AIIB dilancarkan, Presiden Xi Jinping mencadangkan untuk menjadikan AIIB sebagai ‘bank pembangunan pelbagai hala jenis baharu yang profesional, cekap dan bersih’.

Jelas Perdana Menteri itu lagi, dalam tempoh sedekad lalu, angka anggota AIIB telah bertumbuh daripada 57 kepada 110, dan menzahirkan pujian kepada bank tersebut yang berjaya mendorong pembangunan bersama dalam kalangan anggotanya, menjadi perintis model baharu bagi tadbir urus kewangan global dan menetapkan contoh baharu buat kerjasama antarabangsa pelbagai hala.

Ketika menyentuh mengenai pembangunan masa depan bank tersebut tatkala mendepani cabaran pertumbuhan global, Li menyebut bahawa AIIB harus menambah baik dari sudut sokongan pembangunan buat anggotanya.

“AIIB seharusnya menawarkan pembiayaan kos rendah dan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pembangunan yang pelbagai dalam kalangan anggotanya, mempermudah perkongsian kepakaran dan pengalaman, serta membantu memperkuat momentum pertumbuhan endogen,” kata beliau.

Li turut menekankan bahawa AIIB perlu mempromosi lebih banyak penyelarasan dan dialog antarabangsa, serta memainkan peranan yang lebih baik sebagai platform pelbagai hala baharu dalam menangani cabaran-cabaran tadbir urus global.

“China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk menyokong AIIB dalam memulakan kecemerlangan pada dekad baharu, dan membuat sumbangan yang lebih besar untuk mempromosi pembangunan mampan buat anggotanya, serta memajukan pembinaan komuniti berkongsi masa depan umat manusia,” tambah beliau.

Diadakan di bawah tema ‘Berhubung untuk Pembangunan, Berkolaborasi untuk Kemakmuran’, mesyuarat tahun ini dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kewangan, Kerajaan Perbandaran Beijing dan AIIB.

Upacara pembukaan dihadiri oleh sekitar 2,000 orang, termasuk Presiden AIIB Jin Liqun, lembaga pengelola AIIB, ketua-ketua institusi pembangunan dua hala dan pelbagai hala global yang utama, pemimpin sektor swasta dan institusi kewangan penting, serta wakil-wakil organisasi bukan kerajaan.

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri dan menyampaikan ucaptama semasa acara pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pengelola Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) di Beijing, ibu negara China pada 26 Jun 2025. (Xinhua/Ding Haitao)

Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri dan menyampaikan ucaptama semasa acara pembukaan Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Pengelola Bank Pembangunan Infrastruktur Asia (AIIB) di Beijing, ibu negara China pada 26 Jun 2025. (Xinhua/Ding Haitao)

Video

Berita Berkaitan