- Lain-lain
China Akan Sumbang Lebih Banyak Kebijaksanaan, Teknologi Buat Pembangunan HSR Global
1. Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China sedang menyampai ucaptama semasa pembukaan Kongres Kereta Api Laju Dunia ke-12 di Beijing, ibu negara China pada 8 Julai 2025. (Xinhua/Ding Lin)
Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing berkata bahawa China akan menyumbangkan lebih banyak kebijaksanaan, teknologi dan penyelesaian kepada pembangunan kereta api laju (HSR) di serata dunia, dengan menjunjung visi perundingan yang meluas, menyumbang bersama-sama dan berkongsi manfaat.
Demikian ujar Zhang merangkap anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semasa menyampaikan ucaptama pada upacara pembukaan Kongres Kereta Api Laju Dunia UIC ke-12 di Beijing, pada Selasa.
Didorong oleh komitmen terhadap pembangunan berpandukan inovasi, China telah membina jaringan HSR terbesar di dunia dan menjadi pendahulu global dalam teknologi HSR.
Menurut Zhang, kesemua pencapaian tersebut telah meningkatkan kemudahan mengembara dengan signifikan, memperkukuh ketersambungan serantau dan mempromosi pembangunan sosial dan ekonomi buat China yang seimbang.
Beliau memberitahu bahawa China bersedia untuk memperdalam kerjasama dengan negara-negara lain menerusi peningkatan perkongsian dua hala dan pelbagai hala untuk kereta api secara lebih aktif, dan menambah baik ketersambungan menerusi ‘ketersambungan fizikal’ dalam infrastruktur dan ‘ketersambungan lembut’ iaitu undang-undang dan piawaian.
Antara lain yang ditekankan Zhang adalah tentang peri penting dalam memperkukuh perkongsian teknologi. Jelas beliau, China bersedia untuk berkongsi pengalamannya dalam pembinaan dan pengoperasian HSR dengan negara-negara lain, serta bekerjasama dengan negara lain untuk mempromosi penggunaan teknologi termaju dalam sektor tersebut.
Tambah Zhang, usaha juga perlu dilakukan untuk menyelaraskan pelaksanaan projek-projek utama dan inisiatif mata pencarian ‘kecil tetapi cantik’ dalam membantu pertumbuhan ekonomi secara lebih cekap dan menambah baik kesejahteraan awam.
Bertemakan ‘HSR: Inovasi dan Pembangunan untuk Kehidupan Lebih Baik’, kongres yang membuka tirainya pada Selasa itu telah menarik lebih daripada 2,000 peserta dari 60 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.
Dianjurkan secara bersama oleh Kumpulan China State Railway dan Kesatuan Kereta Api Antarabangsa (UIC), kongres tersebut menyasarkan untuk menyediakan platform bagi mempamerkan pencapaian global HSR, mempermudah pertukaran teknologi dan mempromosi kerjasama industri antarabangsa.
Turut berlangsung pada pada kongres itu adalah pameran selari terhadap peralatan dan teknologi kereta api moden, yang menampilkan 30 lokomotif dan kereta api maju termasuk prototaip unit pelbagai elektrik CR450, iaitu HSR terlaju di dunia dengan kelajuan yang diuji mencapai sehingga 450 kilometer sejam dan kelajuan pengoperasian 400 kilometer sejam.
Diinisiatifkan oleh UIC pada 1992, kongres tersebut diadakan pada setiap dua hingga tiga tahun.
- China Berikan Layanan Tarif Sifar kepada Semua Negara Paling Kurang Membangun
- Datuk Bandar Dari Serata Dunia Berdialog di Shanghai
- Rel China Catat Rekod Dengan 1.46 Bilion Perjalanan Dalam 4 Bulan
- Prototaip CR450, HSR Paling Laju China Buat Kemunculan Sulung di Beijing
- Jaringan HSR China Sepanjang 47 Ribu Kilometer dalam Keadaan Operasi
- HSR Baharu Laluan Shanghai-Suzhou-Huzhou Mula Beroperasi Esok
- China Sokong Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Main Peranan Penting dalam Tadbir Urus Global: PM Li
- Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
- Laluan Baharu HSR di Delta Sungai Yangtze Masuki Fasa Percubaan
- Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi